And, oh, I forgot...

And, oh, I forgot, I am a part-time jigsaw puzzle maker. Jigsaws are great wedding gifts. Do visit www.supermuslimstore.blogspot.com to buy nicely framed jigsaw puzzles.

Friday, December 24, 2010

Cabaran Memilih Ibu Tunggal Sebagai Pasangan


Slot: Dunia Lelaki

Tajuk Artikel: Cabaran memilih ibu tunggal sebagai pasangan

Ramai ibu bapa yang akan menolak jika anak teruna mereka membawa pulang pilihan hatinya yang berstatus ibu tunggal. Bagi mereka, jika teruna, jodohnya adalah anak dara sedangkan hakikatnya ajal maut, jodoh pertemuan ditentukan Allah SWT.  Jika anda alami konflik ini, mungkin tip di bawah ini dapat membantu.

Jodoh pertemuan yang diaturkan sesuatu yang unik.  Manusia hanya mampu merancang dan Allah jua yang menentukannya.  Memilih ibu tungal sebagai pasangan hidup tidak salah namun anda perlu bersedia dari aspek fizikal dan mental.

Selain perlu mengawal emosi, anda juga perlu melalui satu fasa baru dalam perhubungan iaitu sudah mempunyai anak segera dan jika tidak tanganinya dengan betul, anda mungkin akan berasa tertekan.

1. Masa bersama

Bila anda memilih ibu tunggal yang sudah punya bermakna anda harus mengorbankan masa kerana agak mustahil anda dapat berduaan selalu kerana mereka juga mempunyai komitmen terhadap anak-anak khususnya jika anak masih kecil.

2. Bersedia atau tidak

Inilah pokok persoalan utama yang harus anda hadapi.  Ia bukan berkaitan dengan tentangan yang mungkin bakal anda hadapi dari keluarga sebaliknya diri anda sendiri.  Mungkin pada dasarnya anda mencintainya tetapi agak sukar untuk anda menerima dirinya kerana anda perlu bengkongsi dengan anak-anaknya juga.

Tepuk dada, tanyalah selera.  Kalau anda bersedia untuk mengharungi semua dugaan dalam hidup maka teruskanlah niat anda untuk memiliki ibu tunggal sebagai calon hidup anda.

3. Soal anak-anak

Ini antara soal berat yang harus anda tangani dengan sempurna.  Seorang ibu yang baik, tidak akan membuang darah dagingnya sendiri semata-mata kerana cinta kecuali mereka tidak waras.

Malah anda juga harus berani menerima hakikat, bahawa anaknya mungkin tidak sama dengan anak anda sendiri dan sudah tentu kasih sayang itu akan berbelah bahagi.  Anak-anak juga akan meningkat remaja dan anda perlu berhadapan dengan satu situasi jika mereka tidak dapat menerima anda sebagai pengganti bapa mereka.

Semakin membesar anak-anak, pemikiran mereka juga berbeza dan mereka mungkin tidak dapat menghormati anda sebagi bapa tiri.  Ibu tunggal biasanya tidak memerlukan anda sebagai pengganti ayah kepada anak-anak meraka sebaliknya sebagai lelaki yang mempu mendampingi mereka dan bertindak sebagai pelindung di saat mereka memerlukan kasih sayang.

Jadi walau pun anda melihat soal anak adalah keperluan utama tetapi ia tidak memberi makna buat ibu tunggal kerana mereka biasanya mampu menjaga anak-anak dengan sempurna.

4. Risiko bekas suami

Lazimnya bukan semua bekas suami merelakan bekas isterinya bahagia kerana ada kalanya perceraian bukan kerana saling tidak menyukai sebaliknya disebabkan masalah lain.  Malah mungkin ada dendam di jiwa dan inilah risiko-risiko yang harus anda hadapi apabila mahu memilih ibu tunggal sebagai pilihan hati..

5. Keluarga sendiri

Ia juga satu masalah kerana tidak semua ibu bapa bole menerima menantu terdiri dari ibu tunggal dan sudah puya anak.  Anda harus berana meyakinkan ibu bapa bahawa pilihan anda itu tepat dan anda juga harus bersedia menghadapi apa saja cabaran yang mendatang.

Re-typed hence sorry for the typing errors.



I have not been blogging and I have tons to write about and get it off my chest.

Will write more soon.

Maddie

No comments:

Post a Comment